Abstract
Household satisfaction is an essential measure of health protection programs (HPPs). However, a validated instrument tailored to Malaysia’s healthcare system is lacking. This study aimed to develop and validate an instrument to measure household satisfaction with HPPs, focusing on the PeKa B40 Scheme. This cross-sectional study was conducted in two phases: instrument development and validation. An initial pool of 70 items was generated, with 60 retained after content validation by seven experts (scale-CVI≥>0.8) and pre-tested for face validity. The instrument was piloted in Hulu Langat District, targeting Malaysian households aged 40 and above in the bottom 40% (B40) income group. Simple random sampling recruited 150 participants for Exploratory Factor Analysis (EFA) and 200 for confirmatory factor analysis. The psychometric evaluation assessed the test reliability (Cronbach’s alpha, composite reliability (CR)), construct validity, convergent validity (AVE) and discriminant validity. EFA identified an eight-factor model structure that accounted for 79.93% of the total variance. The final instrument retained 57 items exhibiting solid psychometric properties with adequate fit indices (Root mean square error of approximation = 0.061, Comparative fit index = 0.910, Tucker-Lewis index = 0.904, Chi-square/df = 2.918), CR 0.897-0.972, AVE 0.637-0.777 and established a discriminant validity. The present study developed and validated a reliable instrument tailored to measure household satisfaction with Malaysia’s HPPs using eight constructs: service delivery, accessibility, communication, governance, health literacy, knowledge level, cost and satisfaction.
Keywords :
Development and validation; health insurance; health protection; PeKa B40; satisfaction,
Abstrak
Kepuasan isi rumah merupakan ukuran penting bagi menilai program perlindungan kesihatan (HPP). Namun begitu, instrumen yang telah disahkan dan disesuaikan dengan sistem penjagaan kesihatan Malaysia masih kurang. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan mengesahkan satu instrumen bagi mengukur tahap kepuasan isi rumah terhadap HPP, dengan memberi tumpuan kepada Skim PeKa B40. Kajian keratan rentas ini dilaksanakan dalam dua fasa: pembangunan dan pengesahan instrumen. Sebanyak 70 item telah dibangunkan dalam fasa awal, dan 60 item dikekalkan selepas proses penilaian kandungan oleh tujuh orang pakar (skala-CVI >0.8) serta diuji untuk kesahan muka. Instrumen ini telah dirintiskan di daerah Hulu Langat, menyasarkan isi rumah rakyat Malaysia berumur 40 tahun dan ke atas dalam kumpulan pendapatan 40% terendah (B40). Sampel rawak mudah digunakan untuk merekrut 150 peserta bagi analisis faktor eksploratori (EFA) dan 200 peserta untuk analisis faktor pengesahan. Penilaian psikometrik melibatkan ujian kebolehpercayaan (Cronbach alpha, kebolehpercayaan komposit (CR)), kesahan konstruk, kesahan konvergen (AVE) dan kesahan diskriminan. EFA mengenal pasti struktur model lapan faktor yang menjelaskan sebanyak 79.93% daripada jumlah varians. Instrumen akhir mengekalkan 57 item yang menunjukkan ciri-ciri psikometrik yang kukuh serta indeks padanan model yang mencukupi ("Root mean square error of approximation" = 0.061, "Comparative fit index" = 0.910, "Tucker-Lewis index" = 0.904, Chi-square/df = 2.918), CR antara 0.897-0.972, AVE antara 0.637-0.777 dan kesahan diskriminan yang telah ditetapkan. Kajian ini telah berjaya membangunkan dan mengesahkan satu instrumen yang boleh dipercayai untuk mengukur tahap kepuasan isi rumah terhadap HPP di Malaysia berdasarkan lapan konstruk: penyampaian perkhidmatan, kebolehcapaian, komunikasi, tadbir urus, literasi kesihatan, tahap pengetahuan, kos dan kepuasan.
Kata Kunci :
Insurans kesihatan; kepuasan; PeKa B40; pembangunan dan pengesahan,
perlindungan kesihatan,
Correspondance Address
Azimatun Noor Aizuddin, Department of Public Health Medicine, Faculty of Medicine, Universiti Kebangsaan Malaysia, Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia; International Centre for Casemix & Clinical Coding (ITCC), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia. Tel: +6011 55240599. Email: azimatunnoor@hctm.ukm.edu.my