Mothers’ Knowledge and Attitudes towards Managing Breastfeeding Problems in a Tertiary Hospital
Knowledge & Attitudes towards Breastfeeding Problems
Abstract
Breastfeeding problems are among the most significant barriers to sustaining exclusive breastfeeding. Many postpartum mothers report difficulties in managing breastfeeding challenges due to inexperience, lack of education, or inadequate support. Therefore, addressing breastfeeding-related problems is critical to improving breastfeeding success. This study aimed to assess the level of knowledge and attitudes toward managing breastfeeding problems among postnatal mothers. A cross-sectional study was conducted with 258 postnatal mothers using purposive sampling at Hospital Canselor Tuanku Muhriz between May and June 2024. Data were collected using the Knowledge of Breastfeeding Problems Questionnaire (K-BFQ) and an open-ended question to assess attitudes toward managing breastfeeding problems. Among the 258 respondents, 82.6% had received breastfeeding education, while 17.4% had not. Despite the high rate of education exposure, only 51.2% demonstrated an adequate level of knowledge. In contrast,
96.9% expressed a positive attitude, indicating a willingness to continue breastfeeding even when facing challenges. While this positive attitude is encouraging, it must be supported by sufficient knowledge to ensure mothers can manage breastfeeding effectively and comfortably. These findings highlight the need to strengthen antenatal education, particularly on managing breastfeeding difficulties. Integrating
targeted content into antenatal classes may help to improve maternal confidence, knowledge and overall breastfeeding outcomes.
Keywords :
Breastfeeding management; breastfeeding problems; maternal attitudes; maternal knowledge,
Abstrak
Masalah penyusuan susu ibu merupakan antara halangan utama dalam mengekalkan penyusuan susu ibu secara eksklusif. Ramai ibu selepas bersalin melaporkan kesukaran dalam mengendalikan cabaran penyusuan susu ibu kerana kekurangan pengalaman, kekurangan pendidikan atau sokongan yang tidak mencukupi. Oleh itu, menangani masalah berkaitan penyusuan susu ibu adalah penting untuk meningkatkan kejayaan penyusuan. Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap pengetahuan dan sikap ibu selepas bersalin terhadap pengurusan masalah penyusuan. Satu kajian keratan rentas telah dijalankan melibatkan 258 ibu selepas bersalin yang dipilih melalui persampelan bertujuan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz antara Mei hingga Jun 2024. Data dikumpul menggunakan soal selidik Pengetahuan Masalah Penyusuan Susu Ibu (K-BFQ) dan satu soalan terbuka bagi menilai sikap terhadap pengurusan masalah penyusuan susu ibu. Daripada 258 responden, 82.6% telah menerima pendidikan berkaitan penyusuan susu ibu, manakala 17.4% belum pernah menerima sebarang pendidikan. Walaupun
kadar pendedahan kepada pendidikan adalah tinggi, hanya 51.2% menunjukkan tahap pengetahuan yang mencukupi. Sebaliknya, 96.9% menunjukkan sikap yang positif, dengan menyatakan hasrat untuk meneruskan penyusuan walaupun menghadapi kesukaran. Walaupun sikap positif ini amat
menggalakkan, ia perlu disokong dengan pengetahuan yang mencukupi agar ibu dapat mengendalikan penyusuan dengan berkesan dan selesa. Penemuan ini menekankan keperluan untuk memperkukuh pendidikan antenatal, khususnya dalam aspek pengurusan masalah penyusuan susu ibu. Pengintegrasian kandungan yang lebih khusus ke dalam kelas antenatal boleh membantu untuk meningkatkan keyakinan,
pengetahuan dan hasil penyusuan susu ibu secara keseluruhan.
Kata Kunci :
Masalah penyusuan; pengetahuan ibu; pengurusan penyusuan; sikap ibu,
Correspondance Address
Zainah Mohamed. Department of Nursing, Faculty of Medicine, Universiti Kebangsaan Malaysia, Jalan Yaacob Latiff, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia Tel: +6019 3181292
Email: zaizan@hctm.ukm.edu.my