Exploring the Therapeutic Potential of Stingless Bee Honey as a Novel Therapeutic Approach for Middle Cerebral Artery Occlusion Stroke Models

Natural Products Alternative Medicine for Stroke
Vol. 21 No. 1 : 2026 (128-144)

Misya Afiqah Noor Tuah Misya Afiqah Noor Tuah
Nur Athirah Azlan Nur Athirah Azlan
Nik Nasihah Nik Ramli Nik Nasihah Nik Ramli
Mohd Zulkifli Mustafa Mohd Zulkifli Mustafa
Hussin Muhammad Hussin Muhammad
Liao Ping Liao Ping
Chen Bo Chen Bo
Muhammad Danial Che Ramli Muhammad Danial Che Ramli

Keywords :
Abstrak
Strok merupakan antara penyumbang utama kematian dan kecacatan di seluruh dunia dan kira-kira 87% kes dikaitkan dengan strok iskemia. Pola yang membimbangkan terhadap peningkatan kes strok dalam populasi warga emas dilihat semakin berleluasa di Malaysia. Malah, diramalkan bahawa Malaysia akan menjadi negara tua menjelang 2030 yang memerlukan lebih perhatian. Oleh hal yang demikian, terdapat peningkatan terhadap minat dalam menggunakan produk semula jadi untuk menyembuhkan strok. Dalam kajian ini, kami merungkai potensi pengaruh neuroprotektif madu lebah tanpa sengatan (madu kelulut) dalam merawat model strok 'middle cerebral artery occlusion' (MCAO). Selepas mengoklusikan (penyumbatan arteri) tikus dengan strok melalui MCAO model, tikus tersebut dirawat dengan madu kelulut untuk tempoh 14 hari. Sampel otak tikus yang diwarnai dengan 2,3,5-triphenyltetrazolium chloride bagi model strok iskemia menunjukkan kehadiran infark yang jelas, mengesahkan kebolehpercayaan kaedah MCAO dalam menginduksi strok. Selepas pengesahan, pemarkahan 'Modified Neurological Severity Score' digunakan untuk menilai defisit neurologi yang menunjukkan peningkatan ketara selepas 14 hari rawatan. Analisis tingkah laku yang merangkumi prestasi kognitif dan sensorimotor turut dijalankan menggunakan beberapa ujian yang menunjukkan perubahan positif yang ketara. Tambahan pula, kajian histologi mempamerkan morfologi neuron yang lebih baik, pengurangan kehilangan neuron serta penurunan tahap keradangan. Kajian ini memberikan hasil yang menggalakkan dalam peningkatan gangguan neurologi dan tisu otak, menonjolkan potensi manfaat neuroprotektif dalam madu kelulut terhadap rawatan strok iskemia.
Kata Kunci : MCAO; madu kelulut; negara yang menua; strok iskemia,

Correspondance Address
Muhammad Danial Che Ramli. Department of Diagnostic and Allied Health Science, Faculty of Health and Life Sciences, Management and Science University, Off Persiaran Olahraga 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia. Tel: +6013 6969173 E-mail: muhddanial_cheramli@msu.edu.my


FIGURE 1: Representative images of 2,3,5-triphenyltetrazolium chloride (TTC) stained brain slices; (A) The normal group's rat brain had no differences in colouring; (B) The infarcted (white) and non-infarcted (red) areas of the rat brain were clearly separated by the MCAO stroke model