Abstrak
Tekanan biomekanikal yang dialami oleh penjaga semasa pemindahan pesakit ke dalam kereta,
dengan dan tanpa prototaip pengangkat yang diubah suai, telah dinilai. Oleh kerana ruang yang terhad, pemindahan pesakit dengan masalah mobiliti ke kereta adalah berisiko kepada penjaga mereka. Kajian ini bertujuan untuk mengukur pengaktifan otot dan beban pada tulang belakang semasa pemindahan dari kerusi roda ke kereta, dengan membandingkan kaedah pemindahan manual dengan prototaip pengangkat yang diubah suai. Pengaktifan otot pada lapan otot utama diukur dengan menggunakan
elektromiografi permukaan, manakala beban lumbar pada cakera L5/S1 dinilai menggunakan penjejakan pergerakan seluruh badan dan plat daya. Seramai 13 peserta terlibat dalam kajian ini. Analisis Kovarians (ANCOVA) menunjukkan bahawa berat pesakit mempunyai kesan signifikan terhadap beban lumbar,
manakala pengalaman dan ketinggian penjaga tidak. Setelah pelarasan berat pesakit, purata daya mampatan paksi puncak dan daya ricih anterior-posterior) didapati menurun dengan ketara apabila menggunakan prototaip pengangkat (kedua-dua p < 0.001). Selain itu, penggunaan prototaip pengangkat menunjukkan pengurangan signifikan dalam pengaktifan otot erektor spinae longissimus kiri (p<0.001), erector spinae longissimus kanan (p=0.028), deltoid anterior kiri (p=0.007) dan biseps brakii kiri (p=0.003).
Kajian ini menyediakan penilaian biomekanikal pertama bagi pemindahan pesakit ke dalam kereta dari sudut penjaga, sekali gus menunjukkan beban tinggi yang dialami. Pengurangan yang signifikan dalam kedua-dua beban lumbar dan pengaktifan otot dengan penggunaan prototaip pengangkat membuktikan bahawa intervensi yang lebih baik diperlukan untuk menjadikan proses ini lebih selamat bagi semua pihak yang terlibat.
Kata Kunci :
Analisis biomekanik; pemindahan kereta; pencegahan kecederaan; pengendalian pesakit,